Thursday, November 7, 2013

“ Hanya orang yang tahan berjalan didalam gelap gelitalah yang dapat melihat bintang- bintang dengan terang”
  
Seperti yang telah dinyatakan bahawa memang terdapat berjuta-juta jenis barangan yang boleh dijual melalui pos dari rumah . Sama ada barangan tersebut daripada hasil yang dikeluarkan sendiri ataupun ia di perolehi daripada pembekal yang lain . Masalah biasanya berlaku jika mengedarkan barangan yang dikeluarkan orang lain kerana wujudnya persaingan yang banyak tetapi masalah tidak akan berlaku jika sekiranya anda menjual barangan yang boleh dikeluarkan sendiri . Dan seperti yang sudah diberitahu sebelum ini . MAKLUMAT merupakan bahan yang termurah dan termudah ,untuk dikeluarkan dan mudah untuk dijual .

Sebab itu jika dilihat dinegara ini setiap bulan akan terbit bahan-bahan bacaan baru dengan banyaknya . Ini tidak termasuk bahan-bahan yang dibawa dari luar negara kesini . Itu membuktikan bahawa maklumat adalah satu industri yang menguntungkan kerana ianya murah . Maklumat merupakan nadi pembangunan minda insan dan asas yang menggerakkan kemajuan ekonomi sesebuah negara .

Dengan maklumat juga tamadun manusia telah berkembang ia adalah pamangkin pembangunan secara keseluhuran. Kerana jika tanpa menggunakan maklumat yang tepat dan betul  ekonomi, pendidikan, pertahanan sesebuah Negara tidak akan berkembang dengan pesat . Bahan-bahan yang boleh anda tulis sendiri ialah mengenai apa sahaja topic tetapi yang penting ialah mempastikan agar dapat memberi faedah kepada pembacanya .

Ia boleh dibuat dalam berbagai bentuk seperti News Letter atau surat berita ,buku-buku panduan kecil mengenai cara menjaga bunga ,panduan bagaimana menghasilkan wang daripada sesuatu hobi tersebut. Jika minat anda ialah didalam bidang masakan anda boleh menulis petua-petua dan juga resepi-resepi , jika anda tahu menjahit bolehlah anda menulis buku panduan atau laporan-laporan ringkas mengenai cara menjahit, memotong, menyulam, menerangkan cara mencari wang dari bidang jahitan kerana tidak semestinya hanya dangan menjahit baju sahaja.

Anda tidak perlu menulis sehingga menjadi sebuah buku yang sangat tebal dan lengkap tetapi cukuplah sekadar mengandungi dua atau tiga muka surat sahaja pada peringkat awal . Yang penting ialah ianya padat dengan isi dan mudah difahami . Jika anda tidak mempunyai pengetahuan dan bahan yang cukup cubalah mendapatkannya daripada buku-buku, majalah-majalah ataupun dari rencana-rencana akhbar harian dan mingguan atau cuba dapatkannya dengan membuat rujukan melalui buku-buku di perpustakaan .


No comments:

Post a Comment